Search This Blog

Monday, February 3, 2014

Sajak Ibuku

Aku masih ingat
Dan aku sentiasa ingat
Sehingga akhir hayat
Dulu engkau banyak berkorban
Menderita
Menahan keperitan
Saat aku dilahirkan

Aku masih ingat
Dulu engkau banyak menangis
Menahan kesakitan
Aku masih ingat
Dulu engkau banyak berkorban
Melakukan apa sahaja
Untuk menggembirakan daku

Ibu
Dulu engakau berbalut ketabahan
Membesarkan aku mengenali alam
Membesarkan aku mengenali kemanusiaan
Membesarkan aku mengenali Tuhan
Memelihara aku dengan kasih sayang
Yang tidak jemu mendengar
Tangisan ku semasa kecil
Menjadi manusia berguna

Aku masih ingat
Aku terus ingat
Tak kan mudah ku lupa
Kerana jasamu tak terbalas semuanya
Kerana tak terenang sepenuhnya di laut budimu

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
aku akan sentiasa mendampingimu


Membelai dan menjagamu hingga ke akhir hayat

No comments:

Post a Comment